♥✿TiNta HaTi✿♥
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang akan diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan” (QS. Al-Hasyr: 18)

✿✿memulihkan cinta ✿✿

>>Salam Alaik<<

Kerana Sebuah Cinta

1:14 PM

Bismillah


Harga Sebuah Cinta

Coretannya indah
Kalamnya asyik bicara
Pandangannya kemas mempersona

Tuhan,
Tidak terungkap hati
Tidak terlerai dek kalimah kata

Saat segalanya Engkau yang punya rencana
Saat kerdipan bintang berusaha menghiburkan seisi dunia
Saat persisiran pantai menanti ombak menampar darat

Kini, Masanya benar-benar menghempas tenaga
Bertemankan usaha
Tawakallah penawar Hati

Hanya kerana sebuah Cinta

~Ummu Mus'ab


Read On 0 comments

Hanya kerana Dia

5:40 PM
Bismillah


Teman,,
Yang bersama hanya kerana Dia
Yang mahu bersatu adalah kerana Dia
Segalanya kerana Dia

Teman,,
Kita bersatu tidak
Pernah meletakkan dunia dihati
Tidak tertaman material dimata
Tidak pernah mengira umur sebagai beda
Tidak merungkai sebab mengapa bersama

Teman,,
Kerana Dia kita bersama
KeranaNya janji terus dipatri

Tiada dusta
Kerana ada Dia

Ya kasih kita ada
Kerana Dia ada

Maka selagi Dia ada
Cinta tetap terus ada

Itulah tunjang kita
Bersatu hanyalah kerana Dia

Teman
Selagi cinta pada Dia ada
Selagi itu sayangku tetap terus ada

kerana tunjang pertemuan ini adalah kerana Dia, Allah s.w.t


~ Nota Kita Kisah Kita ~
Read On 0 comments

Dalam Mencari Cinta

8:09 PM


بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji bagi Allah yang mencipta dan mengatur segalanya dari sekecil-kecil zarah hinggalah seluas-luas alam semesta. Tuhan pencipta alam, yang berkuasa menghidupkan dan mematikan. Yang mengetahui setiap lintasan dari yang halus hinggalah yang amat ketara.

Pada penciptaan alam semesta, pada penciptaan segalanya segalanya atas keizinan Allah. Kun fa yakun, maka jadilah! Tiada yang kuasa membantah tiada yang daya mengubah. Dan


” Allah mengatakan manusia adalah sebaik-baik ciptaan [surah AtTin : 4 ]


Akan tetapi malangnya betapa ramai yang tidak sedar akan teguran ini

Wahai anak Adam, berapa banyak pelita yang telah dipadamkan oleh hembusan angin.
Berapa ramai AHLI IBADAH yang telah dirosakkan oleh UJUB. Ramai ORANG KAYA yang dirosakkan oleh KEKAYAANnya. Ramai ORANG yang SIHAT dirosakkan oleh KESIHATANnya. Ramai ORANG ALIM dirosakkan oleh ILMUNYA. Ramai ORANG JAHIL yang dirosakkan KEJAHILANnya.
Kalaulah tidak kerana orang tua yang bongkok, pemuda yang khusyuk, bayi yang menyusu dan binatang yang sihat, nescaya akan KUjadikan langit itu daripada besi, bumi itu kering dan tanahnya daripada abu. AKU tidak akan turunkan hujan walau setitik, tidak AKU tumbuhkan daripada bumi walaupun sebutir benih dan AKU akan tuangkan atasmu azab yang sepedih-pedihnya”

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

Kita mudah lupa , mudah merasa sempurna, mudah merasa diri kitalah yang hebat. Miliki segala kelebihan dan keistimewaan sehingga kita tidak perasan langsung kekurangan yang kita miliki. Tidak terhenti sebentar pada jelingan dan jelikan manusia lain. Kita berjalan mendabik dada, mata memerhati manusia , hati meminta-minta dipuji.

Lebih parah dan barah bilamana kita merasakan kita sudah cukup banyak melaksakan perintah Allah dan sudah terlalu banyak dan sudah terlalu penat menggerakkan risalah dakwah.
Diri ini pertamanya mengingatkan bahawa telah Allah peringatkan kepada kita dengan jelas dan terus dalam surah Al-hujurat ayat 17 dan 18 yakni

Mereka telah merasa memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, seabenaarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar”.
[al-Hujurat (49) : 17]

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
[ al-Hujurat (49) : 18]


Allahurabbi , siapa kita untuk merasa hebat? siapa kita untuk merasa agung? Segala kelebihan , ilmu dan kemahiran adalah pinjaman Allah yang bila-bila sahaja Allah bisa menariknya. Mana mungkin semakin kita menuntut ilmu kita akan merasa lebih hebat. Sombong kita kalau itu yang kita rasa.

Tidak malu dengan Allah? dengan Rasulullah dan sahabat-sahabat Beliau yang tentu-tentu dijanjikan syurga!!!

Berhentilah... koreksi semula niat, mengapa kita dipilih oleh Allah dimedan ini.

“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Pilihlah yang paling menguntungkan kita.
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [10]

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)11].

Jelas melakukan sesuatu perbuatan jika bukan kerana Allah ia adalah sesuatu yang merugikan. Maka jangan bazirkan masa, tenaga dan masa rehat kita dengan ibadah-ibadah yang merugikan. Biar sedikit tetapi hanya kerana mengharap redho Allah, tetapi yang bayak itu lebih baik jika ikhlas menjadi teman setia ibadah seseorang itu.

Allahualam. Semoga sentiasa kita memelihara hati kita. Perkara yang paling merisaukan penulis. Berlatih untuk berbuatlah bukan kerana kekayaan, pangkat, darjat , pujian dan sebagainya, tapi hanya KERANA ALLAH. kerana DIALAH tujuan hidup kita. Allahualam
Betulkan saya jika salah...

Read On 1 comments

Pendakwah Muslimah, Facebook dan Media

7:17 AM

Artikel yang diambil dari blog Ustazah Fatimah Syarha

Fatimah Syarha berforum bersama Dr. Syarifah (medical doctor) dan Farah Adeeba (artis)


Surat Remaja Buat Ustazah

Salam mahabbah ustazah yang kusayangi kerana Allah...
Didoakan agar ustazah sentiasa dirahmati Allah...
Saya ada sedikit nak berkongsi dengan ustazah.
Saya pernah bertanya pensyarah saya tentang pendapat beliau bagi muslimah yang meletakkan gambar di dalam blog atau facebook.
Ada kawan-kawan yang mengatakan saya ni syadid bila saya tidak meletakkan gambar di ruang-ruang facebook atau di dalam blog. Jujurnya pada pendapat saya sendiri, saya tak ingin dikenali oleh muslimin. Bimbang fitnah itu datang dari hanya sekeping gambar, walaupun ganbar itu gambar yang sempurna dengan menutup aurat. Tambahan pula sebagai muslimah, bagi saya perlu menjaga rapi dirinya walau di alam maya.
Pensyarah saya melarang kami meletakkan gambar di dalam laman-laman sosial walau untuk tujuan berdakwah kerana bimbang bila ada yang berniat jahat cuba mengambil gambar tersebut untuk menyihir kita...

Balasan Ustazah

Salam sayang buat ukhti.
Terima-kasih atas perkongsian. Terasa perkongsian ini lahir dari hatimu yang tulus dan menyayangi diriku ini.
Setiap orang mempunyai pendapat. Ustazah hormati. Dan setiap orang tidak berhak memaksakan orang lain terhadap pendapatnya, selagi mana kedua-dua pendapat itu masih di atas garis hukum dan tidak melanggar syariat. Bersabarlah dengan dakwaan kawan-kawan ukhti itu kerana ustazah yakin ukhti mempunyai fatwa hati tersendiri.
Pesan Nabi, “Mintalah fatwa pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hatimu gelisah. [H.R. Ahmad dan al-Dârimî]

Apakah hukum meletakkan gambar sopan dan menutup aurat di facebook?

Sesetengah orang menempelak muslimah yang berdakwah dengan gambar, drama, filem, buku, ceramah umum, video-video kreatif, facebook, blog dan sebagainya dengan hujah matlamat tidak menghalalkan cara. Persoalannya, apa yang tidak halal dengan cara ini? Adakah ia sesuatu yang disepakati haram oleh semua ulama’?
Perbahasan tentang isu ini dikiaskan dengan perbahasan hukum muslimah membuka wajah. Ianya adalah soal khilaf. Jumhur ulama mengatakannya harus. Keharusan itu terpakai kepada semua bentuk samada muslimah berada dalam surat khabar, kulit buku, video, televisyen dan sebagainya.
Syeikh Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya ingin jelaskan sebuah hakikat yang pada dasarnya sudah jelas, sebuah hakikat yang telah dikenal di kalangan ilmuan, iaitu perkataan tidak wajibnya penutup muka dan dibolehkannya membuka wajah dan kedua tapak tangan dari anggota wanita di hadapan lelaki. Ini adalah pendapat majoriti ulama fiqh sejak zaman sahabat.” Pendapat ini berdasarkan dalil-dalil syariat dan riwayat dari para sahabat(atsar), dan bersandarkan kepada pandangan dan perbandingan akal sihat serta diperkuat pula oleh kenyataan yang berlaku pada zaman keemasan umat ini. (Rujuk buku Wanita Dalam Fiqh al-Qaradhawi)

Hal ini bergantung juga kepada niat. Urusan niat seseorang adalah urusannya dengan Allah. Terpulanglah samada kita memilih untuk berbaik sangka dengan niatnya atau berburuk sangka dengan niatnya itu, semuanya bakal dihisab Allah. Kutukan-kutukan berupa sengaja ingin dipuji, sengaja nak tunjuk cantik dan sebagainya itu, semuanya akan diadili oleh Allah SWT samada benar atau tidak. Pesan Allah SWT di dalam al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah sebahagian besar dari sangkaan-sangkaan, kerana setengah dari sangkaan itu ada mengandungi dosa.” (al-Hujurat : 12)

Sesuatu Yang Harus Ada Kebaikan dan Keburukan

Tabiat sesuatu yang hukum asalnya adalah harus, mempunyai kebaikan dan keburukan. Kita berhak mempertimbangkan mana yang lebih mendatangkan banyak kebaikan dan mana yang lebih banyak mendatangkan keburukan.
Contohnya, makan kek yang manis adalah harus. Kebaikan kek ialah ia boleh mengembirakan orang pada hari-hari istimewa kerana rasanya yang sedap. Keburukannya pula, ia boleh memberi risiko kegemukan, kencing manis dan sebagainya.
Maka, bolehkah kita melarang orang memakan kek? Ataupun, bukankah lebih hikmah jika kita tidak menghalang orang makan kek, sebaliknya, memberi panduan bagaimana berpada-pada makan kek dengan aturan dan caranya yang sesuai.

Luaskan yang Halal, Sempitkan Yang Haram

Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan, di antara kemudahan yang diperlukan dalam fiqih ialah mempersempit dan tidak berlebihan dalam menetapkan taklif (beban) hukum kepada manusia, terutama dalam hal yang berhubungan dengan wajib dan haram. Kerana kita tidak diperbolehkan untuk memperluas yang wajib dan haram tanpa dalil, melainkan kita harus menetapkannya dengan ketetapan nas yang sahih dan sharih (jelas) atas diwajibkannya yang wajib dan diharamkannya yang haram, atau dengan qiyas (bandingan terhadap sesuatu yang serupa, contoh dadah diqiyas dengan rokok) yang jelasillatnya (sebab) terhadap nas.
Daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, Islam benar-benar memperhatikan dalam mempersempit perintah dan memperluas “kawasan yang dimaafkan” kerana berasa kasihan kepada para mukallaf (orang yang memikul tanggung jawab), bukan kerana lupa.
Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika kamu menanyakan di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah maha pengampun lagi maha penyantun. (Al-Maidah: 101).
Rasulullah SAW bersabda, “Orang Muslim yang paling besar dosanya adalah orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan, lalu hal itu menjadi diharamkan gara-gara pertanyaannya.” (Muttafaqun a’laih).

Berdakwah Dengan Kemajuan Teknologi

Berbalik kepada isu meletakkan gambar muslimah di facebook, spesifiknya gambar sopan dan menutup aurat, ustazah hormati muslimah yang tidak melakukan hal ini. Begitu juga muslimah yang tidak mahu terlibat dengan dakwah melalui video, ceramah umum, televisyen dan sebagainya. Mereka berhak mempunyai hujah dan fatwa hati tersendiri.
Ustazah pula mempunyai hujah dan fatwa hati ustazah tersendiri. Ustazah tertarik dengan kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradhawi apabila beliau membahaskan tentang harusnya muslimah membuka wajah, beliau berkata, " Menjaga kemaslahatan dakwah lebih penting dari apa-apa yang dia berjaga-jaga kerananya.”
Risiko kemungkinan disihir bukan hanya terjadi kepada muslimah yang meletakkan gambar difacebook semata-mata malah kepada setiap manusia. Perisainya ialah hidup dengan cara hidup Islam dan melazimi zikir-zikir terpilih daripada al-Quran dan as-Sunnah. Risiko difitnah pula bukan hanya terjadi kepada muslimah yang meletakkan gambar di facebook semata-mata malah kepada setiap manusia. Perisainya ialah terus hidup dalam tarbiah (suasana mendidik) dan tetap berdakwah, insya-Allah sekalipun difitnah, akan dibela Allah SWT.

Zaman Berubah, Pemikiran Wanita juga Boleh Berubah Selagi Dalam Batas

Di antara kaedah yang disepakati dan tidak diperdebatkan ialah fatwa boleh berubah dengan berubahnya zaman, tempat, kebiasaan dan keadaan.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, “Saya berkeyakinan, zaman kita sekarang telah memberi wanita banyak peluang dan kesempatan yang mengharuskan kita untuk menyusun kembali pemikiran-pemikiran kita yang memudahkan wanita untuk membentuk keperibadiannya.”

Beliau berkata lagi, “Di dalam kitab Al-Ijtihad fi Asy-Syariah al-Islamiyyah, saya menyebutkan, saya menganjurkan wanita yang bergerak dalam bidang dakwah hendaklah tidak mengenakan penutup wajah. Alasannya agar tidak menjadi penghalang komunikasi antara dirinya sebagai da’i dan masyarakat sebagai objek dakwah.”

Bagaimana jika lelaki memandang dengan syahwat?

Antara risiko lain bagi wanita yang mendedahkan wajah ialah takut-takut lelaki fasik memandangnya dengan syahwat. Mari kita teliti perbahasan ulama berikut:
As-Shawi berkata, “Apakah wajib bagi wanita, pada saat lelaki memandangnya dengan syahwat untuk menutup wajah dan tapak tangannya?”
Ibnu Marzuq berkata. “Tidak wajib baginya.”
Perintah menundukkan pandangan dalam konteks ini ditujukan kepada lelaki tersebut. (Wanitapun kena tundukkan pandangan tapi tidak wajib menutup wajah dan mukanya dalam konteks ini). Pendapat ini dikutip oleh Mawwaq dari Qadhi Iyadh. Marzuq membezakan antara wanita cantik atau tidak.
Namun, Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan, kecantikan seorang wanita adalah suatu yang relatif. Si A mungkin memandangnya cantik tapi si B mungkin memandangnya tidaklah cantik sangat. Lagipun,bagaimana seseorang wanita itu tahu seorang lelaki itu sedang memandangnya dengan nafsu?
Terdapat hadis tentang Rasulullah memalingkan wajah Fadhl bin Abbas daripada memandang seorang wanita dari Khats’am yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa wanita itu memang cantik. IbnuHazm berkata, “Jika wajah (cantik) itu aurat, tentu Rasulullah memerintahkan wanita itu menutupnya.”
Bolehnya wanita menampakkan wajah tidak bermakna bolehnya lelaki melihatnya. Sebahagian ulama melarang lelaki melihat wanita kecuali pandangan pertama yang tidak disengaja. Sebahagian ulama yang lain pula mengharuskan memandang wajah wanita dengan syarat tanpa hasrat seksual. Jika timbul syahwat dengan memandang wajah wanita ketika itu haram hukumnya memandang wajahnya. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi memilih pendapat ini dalam bukunya An-Niqab Lil Mar’ah.

Maslahah Kecil atau Maslahah Besar?

Melihat cantiknya seorang pendakwah wanita dalam media cetak atau elektronik mungkin menyebabkan seorang lelaki terfitnah. Namun, mungkin kehadirannya di arena itu juga menjadi sebab 1000 orang wanita lain mendapat hidayah dengan izin Allah SWT. Mutiara ilmunya, pakaiannya, budi bahasanya dan apa-apa yang dia tonjolkan secara langsung menjadi ikutan, bukan sekadar mendengar teori tanpa gambaran yang jelas. Patutkah kita hanya memikirkan maslahah yang sedikit hingga mengabaikan maslahah yang lebih besar?

Pengalaman hidup saya sendiri ketika di alam remaja, saya dahagakan idola. Saya sedar, idola paling utama ialah Rasulullah SAW. Selain itu, tokoh-tokoh wanita yang masih hidup turut mengesani peribadi saya. Seperti kebanyakan remaja lain, saya ingin melihat idola saya itu berkata-kata secara langsung, berperibadi di depan mata dan menunjukkan contoh dengan perbuatannya. Bukan itu sahaja, saya mahukan gambar idola saya itu disemat di dalam dompet agar saya dapat mencontohinya. Saya bersyukur apabila menemui gambar tokoh pejuang seperti Zainab al-Ghazali. Begitu juga gambar puteri sulung Yusuf al-Qaradhawi, Dr. Ilham dan sebagainya.

Muslimah yang tidak meletakkan gambar di facebook atau meletakkannya, masing-masing ada fatwa hati, dan ada niat suci tersendiri. Masing-masing ada peranan. Masing-masing mempunyai tujuan. Masing-masing mengikut garis hukum dan menutup aurat. Apa yang penting, kedua-duanya saling menghormati, memahami, saling membela, tidak menghukum, tidak saling merendahkan kerana merasa diri lebih baik, tidak berpecah belah dan saling bersatu. Utamakan akhlak, baik sangka dan lapang dada dalam berbincang dan melontarkan pandangan agar keindahan akhlak Islam tersebar mewangi ke segenap alam.
Read On 0 comments

Aku Cemburu Dengan Keikhlasanmu

7:57 PM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani


"Ina, nanti ina bagi ye duit ni pada persatuan. tapi tolong rahsiakan siapa yang memberi"
Allahuakhbar saya benar-benar dihadapan seorang hamba yang ikhlas beramal. Ikhlas pemberiaanya. Tidak langsung ditanya semula pemberiannya itu selepas selesai berprogram.

Dan terlalu banyak kejadian ikhlas seperti ini berlegar disekitar saya. Mereka benar-benar mengajar saya erti memberi dengan penuh keikhlasan. Mereka tidak minta untuk diupdate pada twitter, fb atau apa pun. Saya fikir barangkali mereka hanya mahu update kepada Allah.

Amalan mereka selalu bermain pada fikiran saya dan selalu saya tanyakan pada diri saya, adakah saya sudah bertindak seperti mereka.
Kadangkala saya tersentak bila ada sahabat yang bergurau dengan saya
" ina memang seposen pun berkira"
Allahurabbi, rasa tercampak saya dalam gaung yang dalam. Saya terasa saya masih punya karat-karat kejahilan. Masih meletakkan dunia didalam hati. Saya hamba yang serba kekurangan. Masih belum mampu untuk banyak memberi.

Sahabat, terpana tatkala membaca perjuangan-perjuangan sahabat-sahabat Nabi yang pemurah. Nabi sendiri ikon yang paling tepat untuk jadikan teladan. Memberi dengan penuh keikhlasan. Beliau bukan pemimpin yang tamak hartanya dan jiwanya.

Daripada Muhammad bin Jubayr bin Mut?im katanya Jubayr bin Mut?im menceritakan kepada saya bahawa ketika mana beliau berjalan bersama Rasulullah s.a.w. dan bersama-sama sahabat yang lain sepulangan dari Hunayn, orang badwi mula meminta-minta dari baginda sehingga mendesak baginda mundur ke pokok lalu selimut baginda tersangkut di pokok tersebut. Rasulullah berhenti seraya bersada: ?Berikan kepadaku selimutku. Sekiranya ada pada ku ternakan??sebanyak pokok berduri ini tentu aku akan bahagi-bahagikan antara kamu kemudian barulah kamu dapati aku seorang yang tidak bakhil, tidak penipu dan tidak pengecut. (al-Bukhari, no: 2821)


Tahukan sahabat-sahbat kisah dermawan Thalhah bin Ubaidillah?

Thalhah bin Ubaidillah. Ia adalah seorang dari kaum muslimin yang kaya raya, tapi pemurah dan dermawan. Istrinya bernama Su’da binti Auf. Pada suatu hari istrinya melihat Thalhah sedang murung dan duduk termenung sedih. Melihat keadaan suaminya, sang istri segera menanyakan penyebab kesedihannya dan Thalhah mejawab, ” wang yang ada di tanganku sekarang ini begitu banyak sehingga memusingkanku. Apa yang harus kulakukan ?” Maka istrinya berkata, “wang yang ada ditanganmu itu bagi-bagikanlah kepada fakir-miskin.” Maka dibagi-bagikannyalah seluruh uang yang ada ditangan Thalhah tanpa meninggalkan sepeserpun. Assaib bin Zaid berkata tentang Thalhah, katanya, “Aku berkawan dengan Thalhah baik dalam perjalanan maupun sewaktu bermukim. Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih dermawan dari dia terhadap kaum muslimin. Ia mendermakan uang, sandang dan pangannya.” Jaabir bin Abdullah bertutur, ” Aku tidak pernah melihat orang yang lebih dermawan dari Thalhah walaupun tanpa diminta.” Oleh karena itu patutlah jika dia dijuluki “Thalhah si dermawan”, “Thalhah si pengalir harta”, “Thalhah kebaikan dan kebajikan”.

Keikhlasan dalam memberi benar-benar memberi kesan dalam jiwa saya. Dan sahabat-sahabat saya yang ramai memberi tanpa mahu disebut-sebut terus menjadi idola saya masa kini. apa mungkin saya boleh menjadi seperti mereka?? kerana islam dan ukhwah sanggup mengurangkan milikan mereka kerana mereka sedar milikan mereka bukan untuk mereka dan mereka yakin Allah akan memberi dan terus memberi. Allahualam

“Ikhlas adalah suatu rahasia dari rahasia-Ku yang Aku tempatkan di hati hamba-hamba-Ku yang Kucintai.“ (H.R Al-Qazwini)
Read On 0 comments

Dengan NafazMu

8:05 PM

Dengan NamaMu Ar-Rahman Ar-Rahim

Aku mencari taman yang pernah mengharum dihatiku setahun lalu
Aku meneroka sinaran sinaran yang memancar

Sesaat ku berhenti menikmati
Sedetik aku merenung meneliti kuntuman-kuntuman

Aku berjalan meneroboh titian demi titian
Aku merangkak merungkai gua-gua yang gah

Sesaat aku menghirup udara taman
Sedetik aku menikmati kemanisan madu-madu bunga

Aku menyingkap lagi pepohonan demi pepohonan
Aku mengunggah rama-rama berterbangan

Sesaat aku menghitung keindahan
Sedetik aku merunduk malu dan lesu

Sungguh aku mengharap rindu berlabuh indah
Sungguh aku tidak sanggup terkapai lagi
Sungguh aku berharap kerinduan itu ku temui ubat penawar

Perjalanan ini membuka mataku
Tiada yang sempurna
Tetapi aku harus genggam sebaiknya
Harus ku rangkul seeratnya

Kerana Allah tidak memerlukanku
Tetapi aku memerlukan Dia

Demi Allah aku rindu utk bertemu denganMu
Berbekalkan perjuangan Bertemankan keredhoan

Aku,,hamba yang rindukan kalimat syuhada,,syahid dijalanMu

“Bahwasanya segala amal perbuatan itu bergantung dengan niatnya. Dan bagi setiap manusia itu apa yang diniatkannya. Maka siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kepada dunia yang akan diperolehnya atau wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya.” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)
Read On 0 comments
8:13 PM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani

Kita tidak punya msa untuk terus meratapi dosa dan masa lalu. Bina jiwa dan hatimu lantas gerakkan pada fizikalmu untuk menjadikan esok lebih baik dari hari ini.

Allah maha mengetahui dan mengerti setiap apa yang terjadi. Masih belum lewat untuk mengiringi diri bersama cinta dan rahmat Ilahi.
Bijaklah mengatur diri dan teruskan berjalan mencari secebis cinta bernama "MARDHATILLAH"




Sabda Rasulullah SAW :

"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, berakhlak mulia, mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, serta orang yang umurnya panjang tapi banyak amal kebajikannya."

Read On 0 comments

Perancangan Kabur

10:29 AM


بسم الله الرحمن الرحيم




" Ibu, along ingat umur 40 nanti lah along berubah jadi yang baik-baik. Masa tu kan ibu, along akan sepenuhnya masa along ni untuk beribadah je pada Allah. Masa tu nanti along akan pakai tudung labuh, solat tak tinggal, mengaji selalu, jaga sampai lewat malam bukan sebab nak online macam sekarang, tapi kan Along nak tahajud dan macam-macam lah. Ok x bu?"


Anakku sayang,
Ibu bersyukur pada Allah sebab Allah kurniakan ibu anak yang cantik, pandai dan bijak. Anak ibu mewarisi kebijaksanaan ibu dan ayah yang telah berusaha melahirkanmu dan membesarkan mu sayang. Kecantikanmu mewarisi kesejukan dan kemanisan wajah ayahmu, keceriaanmu mewarisi sifat ibu yang ibu cuba bentuk sejak ibu masih bergelar seorang anak dara milik nenek dan atukmu. Malah ibu sangat bersyukur miliki suami soleh seperti ayahmu sayang.

Along anak ibu, tetapi ucapan mu benar mengguris hati ibu sayang. Ucapanmu menghampakan hati seorang ibu sayang. Dan ucapanmu membuatkan ibu menangis. Itukah perancangan hidupmu sayang? Jika ayah mendengarnya jua pasti dia terasa hati dan sedih menyelubingi.

Along anak ibu , ibu berbangga punya anak sepertimu. yang bijak mengatur hidup yang arif merancang kejayaan dan perjalanan hidup. Itu mewarisi kepintaran ayahmu anakku.

Namun sayang, mengertilah, sesungguhnya mati itu ditangan Tuhanmu, ibu sendiri tidak pasti bila ibu, ayah dan along serta adik-adik akan dijemput oleh Izrail untuk menyempurkan aturan kehidupan ini. Sesungguhnya itu tidak mampu kamu warisi samada dari ibu, ayah , nenek atau datukmu.

Along anak ibu, rancanglah sesuatu yang menjadikan kamu seorang hamba yang sentiasa mahu menjadi solehah. Yang sentiasa hidup dengan kehidupan seorang mukmin.

Sayang, kami , ibu dan ayah tidak pernah merancang untuk menjadi soleh dan solehah pada umur kami 20, 30 atau 50 tahun. Sesungguhnya perancangan kami untuk menjadi penghuni syurga adalah setiap celik dan sebelum pejamnya mata ini sayang.

Along yang cantik di mata kami, andai ibu dan ayah pergi sebelum umurmu mencecah 40 tahun , apa yang akan kami jadikan bekalan sayang jika bukan 3 perkara yakni anak yang soleh, ilmu yang diamalkan dan sedekah jariah? Along tak mahukah menemani pemergian kami?
Along tidak mahukan menjadikan ibu dan ayah sebagai model yang merindukan syurga?

Permataku, rancanglah perubahanmu setiap hari, rancanglah seolah-olah esok kita akan pergi. Ibu tahu kamu sangat hebat merancang perjalanan hidupmu.

Ibu seronok mendengarkan cerita-ceritamu. Ibu sokong kamu ingin menjadi seorang yang professional. Ibu memujimu kerana kamu bijak mengatur kewanganmu. Ibu kagum padamu kerana kamu ingin memiliki phd diusia yang muda. Malah ibu berbangga denganmu kerana dapat menjadi contoh kepada adik-adik dengan perancanganmu yang Allah sentiasa kabulkan.

Tapi Along, Along langsung tidak tahu Allah akan menarik nyawa along mungkin sejam selepas ini atau sedekad lagi. Along pasti akan menyesal jika along pergi sebelum usia along 40 tahun. Pasti sayang...
Ingat pesan ibu ini sayang

Mereka yang paling banyak mengingat maut dan paling baik persiapannya untuk menghadapi maut itu sebelum turun kepada mereka. Mereka itulah yang termasuk Mukmin yang paling cerdas.
(HR Ibn Majah, al-Hakim, al-Baihaqi, Abu Nu’aim dan ath-Thabrani).

dan dalam surah AL-Munafiqun ayat 63
" Dan Allah tidak akan menangguhkan seseorang apabila datang ajalnya. Dan Allah adalah al-Khabir apa yang kamu kerjakan "



Along tidak cemburukah pada Saudatina Aisyah, Saidatina Fatimah, Sumayyah, Nasibah K'ab, Asiah, Robiatul Adawiah, Asiah, Zinnirah , Hafshah, Asma' Yazid, Asma' Abu Bakar dan lain-lain yang ibu pernah ceritakan padamu dahulu. Dan srikandi teragung yang menjadi idola ibu sejak dahulu, yakni Siti Khadijah? Along terlupakah? Jika along terlupa ibu sedia menceritakan semula kisah-kisah srikandi ini sayang.


Along, jika along sudah punya niat mahu menjadi baik, lakukan dari sekarang along. Biarpun sedikit-sedikit. Along tahu tak, itulah hembusan dari Allah kepada hatimu. Jangan biarkan hembusan itu terbang meninggalkanmu semula. Takut-takut hembusan itu tidak lagi mahu menyapamu. Risau-risau tidak sempat Along. Anak ibu dan ayah yang dicintai.

Along, mari kesini sayang, letakkan kepalamu di riba ibu, ingin ibu bisikkan sesuatu

"kerana Allah kami berusaha melahirkan dan membesarkanmu, kerana Allah jua kami ingin bersamamu di dunia dan di akhirat sana. Kita sama-sama membina perancangan menjadi cemerlang didunia dan di akhirat ya.Along anakku, jangan menanti nanti untuk menjadi solehah, jangan bertangguh-tangguh menjadi muslimah sejati dan berjaya. Nur Fatimah Insyirah permata kami yang disayangi.. ibu dan ayah pasti tersenyum melihatmu menjadi muslimah solehah dan yang akan mengiringi kami satu masa nanti. Ibu ingin menantimu di pintu syurga bersama ayah dan adik-adikmu.... anakku muslimah sejati... Nur Fatimah Insyirah "




“ Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu kekal di dalam taman-taman dan sungai-sungai di tempat yang disenangi, di sisi Yang Maha Berkuasa” [Al-Qamar: 54-55]”

Read On 1 comments

Kerinduan Tiang Hati

3:55 PM

بسم الله الرحمن الرحيم


Rajin hari ni menggodek lagu-lagu lama yang menjadi nostalgia mencari mood dan menstabilkan emosi. Melakar senyuman dengan melihat video nak membangkitkan spirit jiwa.

Rindu mendendangkan lagu ummi ini ketika sambutan hati ibu di sekolah. Lagu ini dulu yang selalu bermain dimulut merindukan seorang ummi mithali.. indahnya ^_^

Read On 0 comments

Tinta Hati VII

8:59 PM


بسم الله الرحمن الرحيم

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris, Tetapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi, agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita. Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terperosok, Tetapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa kita dengan cinta-Nya agar kita menjadi lebih tabah dan kuat hati.
Tidak MUDAH untuk memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan,
Tetapi akan terasa INDAH ketika kita lebih banyak membahagiakan orang lain, bukan hanya membahagiakan diri sendiri.

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan dihina,
Tetapi akan terasa INDAH kalau kita menyedari, itu adalah untuk penyucian hati, untuk belajar ikhlas dalam menerima kekurangan diri dan mengharap redha ilahi.

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya, tetapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal kejayaan, kerana kita masih tidak berputus asa dalam membina harapan dan positif dengan janji tuhan.

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan dan yakinlah Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik sebagai penggantinya.

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan, tetapi akan terasa INDAH ketika menyedari, tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat bersama mereka yang kita sayangi.

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
Tetapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
dan menyedari itu adalah sebahagian cara Allah menyayangi hamba-Nya,
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya....

syukran kak ijja

Firman Allah SWT: "Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).


Read On 0 comments

Salam Dari Allah dan Malaikat

2:02 PM



بسم الله الرحمن الرحيم
Ketika Jibril a.s datang kepada Nabi, dia berkata "wahai Rasulullah , inilah Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah dan makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan salam kepadanya dari Tuhannya dan aku, dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga (terbuat) dari mutiara dan tiada suara ribut didalamnya dan tiada kepayahan" (HR Bukhari)

Allah telah berkirim salam kepadanya. Maka turunlah Jibril menyampaikan salam itu kepada Rasullullah seraya berkata " sampaikan salam kepada Khadijah dari Tuhannya'.
"wahai khadijah, ini Jibril menyampaikan salam kepadamu dari Tuhanmu"
Khadijah menjawab "Allah yang menurunkan salam , dariNya berasal salam dan kepada Jibril semoga diberikan salam sejahtera"

sesungguhnya Khadijah adalah satu-satunya wanita yang mempunyai kedudukan yang tidak diperolehi oleh seorang pun diantara para sahabat yang terdahulu dan pertama masuk islam. Ini kerana Khadijah pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendokong dakwah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah. Khadijah mendampingi Nabi selama seperempat abad , berbuat baik kepadanya di saat baginda gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya.

Rasulullah bersabda " Khadijah beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkariku.Dia membenarkanku saat orang mendustakanku. Dan Dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniakan aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak selain dia " (Musnad Imam Ahmad)
-rujukan hebatnya IQ & keberanian 52 wanita & lelaki yang berpengaruh dalam sejarah
Read On 0 comments

ReMiNd FoR ThiS wEEk

“ BELUM PERNAH SAYA MENYESAL MELAINKAN PENYESALAN SAYA SETIAP HARI APABILA TERBENAM MATAHARI, SEMAKIN SINGKAT UMUR SAYA , SEDANGKAN AMALAN SAYA TAKUT-TAKUT TIDAK BERTAMBAH ”
ABDULLAH IBU MASUD


~cukuplah syurga sbg motivasi~

UHUBBUKUM FILLAH

.....

Followers

My Heart

<<<...>>>


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

TakwiM

Tinta Admin

My Photo
"Istiqamah dalam melakukan ketaatan dan kebaikan juga adalah ujian. Bagaimana untuk saya & anda mengekalkannya merupakan cabaran. Jadi, saya berharap Allah akan sentiasa memudahkan laluan saya untuk berada di atas landasan yang diberikannya ini," semoga dijadikanlah bicaraku….tulisanku….adalah ibadah kepada-Mu… Ya Rahman

penyejuk mata

penyejuk mata

Jazakallah menziarah..

salam,selawat,senyum,
syukur...
semoga senang selalu..
salam sayang
seluas samudera =)

✿✿ ~~senyum simetri~~ ✿✿

♥ MEMULIHKAN CINTA ♥

Zariena Dee Zhalilah

Ya Allah berikan cintaMu kepadaku, jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintaiku, dan jadikanlah aku mencintai segala yang membawa kepada kecintaanMu'

~~iluvislam~~

iluvislam

BERSATU Perak

MenGapa?

Islam tidak melarang hiburan, namun keutamaan hiburan tidak boleh dilebihkan daripada pendidikan sehingga masyarakat lalai dengan hiburan. Fenomena tersebut jelas membuktikan kejahilan masyarakat terhadap dimensi prioriti yang sedia ada dalam Islam.

Dalam amalan ibadat pula masyarakat kita masih sibuk membahaskan aspek khilafiah yang tidak akan berkesudahan

TIK TOK


Ukhwah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Subscribe to Feed


zariena dee zhalilah

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
ZaRieNa's ZoNe. Powered by Blogger.

Blog Archive

Quality Batter Than Quantity


..krew ili..